
Ini Aloy Paradoks, penulis dan pengarah BERSIH. Masa awal penubuhan Paradoks dulu ramai yang percaya bahawa dia ini adalah pejuang untuk rakyat. Tapi akhirnya ramai mula tersedar, bahawa sesungguhnya Aloy adalah pejuang hati dan perasaan. Dia ini sangat sensetif orangnya, tatkala melihat matahari senja mula mula menghilang waktu di pantai. Tanpa sedar dia telah mengalir air mata. Risau kalau-kalau matahari itu tidak akan kembali. Sabarlah Aloy.

Ini adalah Nik Adam Ahmad. Dia yang tak pakai baju tu. Budak Nik ni salah seorang juga dari pengasas Paradoks. Malam penubuhan Paradoks tu, dia juga sama seperti kami yang lain, telah sangup mengelar tapak tangannya dan sama menitikkan darah di dalam gelas berisi air itu. Kemudian kami minum secara bergilir-gilir hingga air bercampur darah merah yang pekat itu habis. Setahun kemudian dia menyesal, dan ingin keluar dari Paradoks. Maka jawapannya dia harus mati jika mahu keluar.

Ini Rayza MukMin, juga sama pengasas Paradoks. Sewaktu awal penubuhan Paradoks dia percaya bahawa kami adalah sebuah kumpulan Rock. Dua tahun kami mengambil masa untuk menerangkan hal itu kepadanya bahawa "Kita bukan Band Rock, bukan!" Sekarang dia sudah mula menyedari hal itu, dan telah membuka matanya untuk menerima cinta.... Opss silap. Ataupun dalam bahasa yang tepatnya mengejar cinta. Yang selalu lari darinya.
0 comments:
Post a Comment