PARADOKS PRODUCTION dengan kerjasama FRINJAN dan MAP KL
membawakan kepada anda
MIMPIlem Fasa 3

1 . EPAL HIJAU DI LUAR PAGAR

Pengarah/Penulis : Syahrul Fithri Musa
Pelakon : Iszham Walawei, Namron, & Aminah Rhapor
Pengarah Fotografi : Erman Maharam
Penolong Pengarah : Mazlin
Pengurus Produksi : Fazleena Hishamuddin
Sinopsis : Selepas waktu persekolahan, Mamat(Iszham Walawei) mengambil upah menjaga kambing bagi membantu kedua ibu bapanya. Ayahnya (Nam Ron) lumpuh akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lepas hingga menyebabkannya hilang keupayaan untuk melakukan kerja. Ibunya (Aminah Rhapor) mengambil upah mencuci baju bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Mamat sering membawa kambing-kambing itu mencari makan di kawasan perkuburan cina hinggalah berlaku satu kejadian pada satu hari..

Trailer boleh usha di SINI.
2 . SESAT

Arahan : Alif Ihsan Rahman
Pelakon : Remy Ishak, Adman Salleh
Producer : Najib Khalil, Syaza Amira
Sinopsis
Azman, yang baru pulang dari pusat hiburan dan mahu pulang. Namun dalam perjalanan memandu sebuah kereta pulang ke rumah, dia telah sesat di sebuah kawasan yang tidak pernah dia lalui. Azman berasa hairan dan cuba mengenal pasti kawasan itu dengan alat GPS namun alat itu rosak. Begitu juga dengan telefon bimbitnya yang tidak mempunyai sebarang isyarat. Azman berasa marah dan kemudian telefon bimbitnya jatuh ke kakinya. Ketika dia cuba menggambilnya, Azman tiba-tiba didatangi seorang Pak Cik Tua. Pak Cik Tua itu bertanyakan pada Azman adakah dia tersesat kemudian mahu membantunya. Azman kemudian menjemput Pak Cik Tua itu menaiki keretanya sambil menunjukkan jalan keluar dari kawasan itu. Sampai di sebuah kawasan lapang di dalam hutan, Pak Cik Tua meminta Azman menurunkannya di situ lalu terus pergi tanpa di sedari Azman.

3 . Khilaf

Arahan : Mohd Kamarul Ariffin
Pelakon : Norharishah, Azliyuszaini, Hafize Hatta, Adik Wan Shah Iskandar.
Pengarah Fotografi : Wan Kamarul
Penolong Pengarah : Alif Ihsan Rahman
Sinopsis
Berpunca dan akibat dari kecuaian, seorang ibu terpaksa menderita akibat kehilangan anaknya. Tindakan ibunya yang melaporkan kehilangan anaknya kepada berkuasa, pihak media sama ada elektronik ataupun cetak juga turut memainkan peranan dalam usaha membantu si ibu ini Kisah kehilangan anak lelaki ini menjadikan institusi kekeluargaan lebih berhati-hati.
Walau bagaimana pun, penyiasatan pihak berkuasa semakin kabur dan menjadikan kes ini semakin lama semakin dilupakan. Si ibu masih membilang hari menanti anak lelakinya itu.

4 . Nesan Tak Terukir

Arahan : Muz Amer
Lakonan : Nam Ron, Juhara Ayub, Rosden Suboh

Sinopsis :
Diinspirasikan dari dua buah puisi yang bertajuk ‘Tukang Keranda’ oleh T.Alias Taib dan ‘Penjual Kain Kafan’ oleh Aan Mansyur, filem pendek ini mengisahkan bagaimana kata-kata yang diucapkan oleh seorang lelaki, dimakbulkan Tuhan. Namun kata-kata itu sebenarnya adalah tragedi baginya.

0 comments:
Post a Comment