Persembahan ini ditambah lagi satu hari pada hari ISNIN.
Apa yang menariknya mengenai pementasan Teater Kotak Hitam ini ialah ia melibatkan jumlah krew yang cukup sedikit. Cukup hanya dengan seorang pengarah, seorang pelakon dan seorang atau dua orang krew sudah mampu membikin sebuah persembahan yang mantap dan punya aura. Kerana apa yang penting itu adalah idea bagaimana mahu bergerak dan konsep persembahan yang ingin ditampilkan.
Kotak Hitam menyaksikan gabungan Fasyali Fadzly lepasan Ijazah Sarjana Muda Teater UiTM dan Aloy Paradoks yang masih menuntut di ASWARA juga dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Teater. Gabungan kedua pengarah muda ini diharap ini bakal memberikan impak yang maksima untuk pementasan KOTAK HITAM. KOTAK HITAM mengabungkan teknik drama televisyen dan pentas dan menampilkan hanya seorang pelakon sahaja.
Saksikan persembahan mantap ini bermula Jumaat (8/07/2001) hingga Ahad (10/07/2011) di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiket tiket berharga RM 15. Setiap persembahan bermula jam 8.30 malam setiaphari.

Fasyali Fadzly dan Aloy ParadoksFasyali sebelum ini merupakan graduan terbaik Ijazah Sarjana Muda UiTM pernah mengarahkan dan menulis beberapa teater antaranya Berani Mati, Racau, Reban Ayam Itik(teater kanak-kanak) juga Waiting For Godot Too sempena Short and Sweet di KLPac. Beliau mendapat anugerah bersama dalam kategori Best Performance bagi teater Kuala Lumpur Impian dan Harapan. Skrip filem pendeknya Skodeng memenangi anugerah Best Scrip dan Best Short Film dalam 48 Hour Film Projek.
Aloy Paradoks pula seperti biasa selalu cukup-cukup makan sahaja untuk lulus pada setiap semestar di ASWARA dan selalu lesap dari kelas. Telah menulis/mengarahkan beberapa buah skrip antaranya NAUTIKA, HEGEMONI,Merocok-Rocok,LISA dan Makan Malam. Juga telah mengarahkan sebuah filem panjang bertajuk Kontradiksi bersama penulis novel popular Nazri M.Annuar. Kini filem tersebut dalam proses editing dan menunggu masa untuk ditayangkan. Beliau juga telah menulis 2 buah buku, dan kini dalam proses sedang menyiapkan novelnya dijangka diterbitkan pada September nanti oleh penerbitan Sang Freud Press. Juga baru menubuhkan SeLUT PRESS dan giat mencari bakat-bakat baru untuk menulis novel dibawah penerbitannya itu.
Untuk projek akan datang, mereka sekali lagi akan bergabung dan kali ini bersama aktivis teater wanita juga untuk sebuah lagi produksi teater yang bakal Hip. Seterusnya mereka berdua lagi dijangka mengeluarkan sebuah buku antalogi skrip-skrip drama pentas yang telah mereka tulis dan arahkan.
2 comments:
haloooo....dgn sukacita nyer aku nk bg tau, korg dh berdose..pasal buku bugermpak korg dh buat aku menyebut binatang haram sebanyak 100 kali ++...dan aku sekarang takut nk pakai beg silang...tima kaseh..
iamBIG :
perh dah berdosa. ni mcm mana nak buat ni? Makin kurang lak awek pakai beg tali silang,,,,
Post a Comment