Selepas habis teater Merocok-Rocok, Paradoks dengan kerjasama Panda Cinta telah menyempurnakan kerja kerja pengambaran filem pertama mereka dalam bentuk digital. Filem bertajuk Kontradiksi yang berdurasi 90 minit (1 jam 30 minit) ini mengambil masa selama 14 hari untuk disudahkan pengambarannya. Filem ini ditulis serta diarahkan oleh Aloy Paradoks dan Nazri M.Annuar. Kini masih dalam kerja kerja suntingan tahap pertama dan dijangka akan menemui penonton pada awal tahun hadapan jika tiada berhalangan.
Bertarikh 14 Mei 2011 (sabtu), Paradoks akan bergabung kembali sebagai satu kumpulan untuk melakukan perfomance art bertempat di Mama Thistle Cafe, Pusat Perdagangan Kota Damansara. Persembahan akan diadakan pada pukul 4 petang bersempana pelancaran premis perniagaan tersebut.
0 comments:
Post a Comment