Haf Dzi SofiOrang kata dia pelik, tapi dia pedulik hapa. Kegemarannya ialah lepak bersama Aloy Paradoks dia kedai makan cina depan sogo. Taktha Raja Pak Pachak di Malaysia masih unggul dipegang oleh pemilik nama Haf Dzi Sofi ini. Mesra dipanggil Lizard dikalangan penggiat pengiat teater tanahair kerana kegemarannya melekat di dinding sewaktu latihan teater sedang berlangsung. Pencapaian terbaiknya ialah menyertai ujibakat mentor Noh Hujan akibat terlalu bosan ketika bersiar siar di Pasar Raya, dan lebih membanggakan beliau menyanyikan lagu Musical Uda Dara untuk ujibakat itu. Berjaya memeningkan kepada Ajai dan Noh Hujan serta sekarang ini tengah hot mukanya di iklan mentor TV3 dengan Tagline "kalau saya menang, kita kawin!" Tapi persoalannya pada siapa ayat itu diucapkan kerana seolah mustahil jika dia memiliki subjek untuk menyatakan ayat itu. Namun Lizard tetap bahagia dalam dunianya tersendiri. Dan PARADOKS ada perancangan besar untuknya dimasa mendatang. Merocok-Rocok adalah penglibatan pertamanya bersama PARADOKS.
Fazleena HishamuddinSiapa yang terlibat dalam bidang Seni Mandiri jika tak kenal Fazleena Hishamuddin ni, lebih baik pergi bunuh diri la. Bukan nak up atau apa apa, tapi kalau lepak dengan dia, kalau tak tersentuh itu tak sah la. Mula terlibat dengan Paradoks semenjak HEGEMONI. Pernah dinobatkan sebagai
1) Pelakon Harapan MAKUM 2004 (teater Perkahwinan).
2) Penulis Skrip terbaik (Aku tak mampu) di Anugerah Filem Pendek anjuran Finas/RTM 2007
3) Anugerah Khas Juri “Komunikasi yang Hilang” di Anugerah Karywan Muda anjuran Finas/RTM 2009.
4) Anugerah Seni UKM 2004 (penglibatan dalam teater dan puisi)
Gadis ini memiliki Sarjana Psikologi kaunseling di UKM, dan Sarjana Muda Sastera, UKM. Sempat menjadi kaunselor selama 2 tahun sebelum beralih arah ke bidang pengiklanan dan kini lebih selesa bekerja sendiri (freelancer).
Aktivis seni yang sangat sangat aktif didalam pelbagai bidang terutamanya yang melibatkan teater, filem pendek, puisi, pengacaraan, jurucakap, penulis skrip dan jurulatih lakon.
Teater : Protes, Jebat, Sang Puteri, Kesarung, Syajar, Perkahwinan, Cinta Si Pemain Pedang, Seseorang yang Terkenal, Detik, Usang dan Hegemoni.
Filem Pendek : Pleasure (UITM), Kapal kertas, Sinkronis (UITM), Kalut (feature film UITM), Hangus (Dean Sham), Bila Cinta Sudah Melekat, Mautopia (Bin Filem), Kemenyan (UITM)
Selain fokus untuk Merocok-Rocok sekarang ini, dia juga sedang dalam proses menyiapkan filem arahannya dalam kompilasi KL Aku Ok.
Roydy RokidyDia sendiri tak tahu berapa banyak teater yang dah dilakonkannya. Sampai begitu sekali? ish ish ish... Memiliki diploma penulisan Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaa. Kini mengejar Ijazah Sarjana Muda Lakonan pula. Tiap tiap semestar dapat anugerah dekan ni. Sampai dekan tak tau nak ambik anugerah apa dah. Banyak terlibat dalam pementasan bangsawan dan menjadikan Rahman B sebagai mentornya. Maka dia digelar tokoh bangsawan. Selain aktif berlakon teater beliau juga aktif menulis skrip untuk drama drama televisyen. Jangan jangan ada drama yang korang tengok tu, dia penulis skripnya. Ini juga kali pertama terlibat didalam produksi PARADOKS. Diharap selepas ini tidak serik.
Aman NassimJuga pertama kali terlibat dengan PARADOKS. Sudah di semestar akhir untuk menamatkan pengajiannya peringkat diploma dalam bidang lakonan. Layak digelar lelaki seksi rasanya, namun dia menafikan itu. Namun dihati kecilnya siapa tahu mungkin dia berbesar hati menerima gelaran itu. Antara teater yang pernah dijayakan Aman selaku pelakon ialah Tun Teja Ratna Menggala, Muzikal Hang Tuah, Penunggu Panggung, Muzikal Selendang Jiwa, West Side Story, Opera Primadona, Bangsawan Syakuntala, Ribut
Hart-e, Teater Kanak-Kanak ”Wa Wa Wa Tu Bulan”.Realiti Cinta Dan Rock&Roll, Teater Muzikal Tun Abd Razak dan Raja Lawak. Aman juga sedang menjinak-jinakkan dirinya yang liar ke bidang drama tv dan filem pula. Antaranya : mistik alam hitam, Awan dania the movie, Filem pendek:refleksi maut, drama kembar kecoh, drama belalang. Diharap ada gadis-gadis yang datang menyaksikan persembahan merocok-rocok ini untuk melihat Aman Nassim.
RashidPemuda 21 tahun ini masih hijau penglibatannya dalam teater namun bakatnya tidak menunjukkan begitu. Dia ni kira gempak jugak la. Memiliki diploma penyiaran Televisyen dan Radio dari Limkokwing dan kini menyambung ijazah Sarjana Mudanya dalam bidang teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Merupakan pelajar tahun 1 di institusi berkenaan dan telah turut menjayakan Tun Teja Ratna Menggala sebagai pelakon dan terlibat sebagai krew produksi untuk Muzikal Tun Mahathir juga Pelarian Perang (Arms And The Man). Kalau diberi masa sikit lagi boleh ganti Remy Ishak dia ni. Juga pertama kali terlibat dengan PARADOKS.
Hanif LatifPelakon muda yang datang dari Sabah untuk mengejar cita-cita. Minat membaca buku buku poket dan masih menafikan hubungannya bersama pelakon wanita cantik tanahair. Khuatir jika media dapat tahu perkara ini akan dihebohkan-hebohkan mungkin. Namun tak mengapa kerana dia lelaki yang tabah dan percaya bahawa syurga itu terletak dibawak telepak kaki ibu. Pernah membingtangi beberapa teater antaranya :
Kotaku Oh Kotaku, Sweeney Todd, Arms And The Man, Janda Setinggan dan Kosong.
Memecah rekod selalu lelaki sabah pertama menyertai produksi PARADOKS.
Imran YusoffLelaki romantis dan penyayang ini pernah mewakili Malaysia di Festival Teater di Masan. Baru menubuhkan Empty Space Production untuk memberi saingan sengit kepada Paradoks. Namun Paradoks seperti yang diketahui, selalu menjadikan musuhnya teman rapat. Pengarah Nyai Dasima yang suka makan nenas ini walaupun romantis tetapi suka cakap kasar dan maki kawan. Jadi hati hati lah jika mahu berkawan. Meminati muzik yang keras contohnya seperti lagu Dikocok-Kocok dari Inul Daratista dan mahir memainkan pelbagai alat muzik samada bertali, berketuk atau bertiup. Telah terlibat dengan banyak produksi PARADOKS termasuk event dan teater, cuma ini kali pertama diturunkan selaku Pelakon.
ShyrudinTerkenl sebagai lelaki yang berani dan gila. Pernah terjun kelaut semata mata untuk membuktikan bahawa dia lelaki terbaik. Memegang watak Fadli didalam pementasan Nautika, Mr X dalam Hegemoni, menjadi Banduan dalam Jalan Mati dan kini selaku doktor untuk Merocok-Rocok. Jadi Doktor? macam tak kene je kan? Ah pedulik hapa. Senang keje member-member ni, disiplin dah tau macam mana. Tapi dia ni selalu deman harga, nak bayar dia sorang je sama macam 3 kali Faizal Tahir.
Angah Silotape
Mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti PARADOKS semenjak MIMPI yang pertama lagi. Cuma setakat ini dia terlepas PLORE di Kuantan, lain semua ada. Untuk teater sebelum-sebelum ini bertindak sebagai krew membantu jentera persembahan dan kali ini diturunkan sebagai barisan pelakon yang menyampaikan cerita. Merocok-Rocok juga bakal merupakan teater pertama yang dilakonkannya. Mengaku masih banyak kelemahan dalam bidang lakonan tapi tetap optimis bahawa dirinya mampu sentanding Joni Deep. Pernah berkerja sebagai Floor Manager untuk beberapa production TV antaranya Konsert Inilah Dia Sharifah Aini, Let's Agree To Disagree dan Roda Impian. Kini berkerja sendiri sebagai photography,editing photo, event coordinator, training consultant serta terlibat dengan beberapa production.
0 comments:
Post a Comment