ROMPAKAN BERSEPADU ep 1 - Plan B.

Wednesday, December 29, 2010

Petikan Skrip Merocok Rocok

(Petikan Skrip Terbaru Teater Terbitan PARADOKS PRODUCTIONS; Merocok - Rocok ; Februari 2011)


Lelaki 1 :

Ha, wanita yang sombong. Itu yang menarik aku. Wanita yang sombong seorang yang sangat sukar didekati. Bukan perkara mudah. Kau akan tercabar dengan sikapnya. Cabaran itu menjadikan saya makin bergelora. Kerana aku tahu, jika sekali aku berjaya mencuri hatinya, bermakna ia adalah milik saya selama lamanya. Saya biarkan dia pergi sejauh mana yang dia mahu. Saya tetap mengejarnya, itu bukti pengabdian suci saya. Mereka memang begitu, mereka lari jauh dari kita untuk melihat, adakah kita sanggup berlari dan mengejarnya. Mungkinkah kita rasa dan lelah dan semua itu adalah sia sia. Jika begitu, dengan pantas kamu adalah tidak layak padanya. Sukar bukan? Hati wanita sukar dikesan, mahu pergi sejauh perlu tapi mahu makin mendekat.


Lelaki 2 :

Sukar untuk gambarkan betapa indahnya dia pada aku, sampai mati pun aku tak akan percaya bahawa aku mampu memiliknya. Jika dia mahu, bukan aku sahaja, malah sesiapa pun dia mampu takluki hatinya. Sangat sangat mudah baginya. Setiap orang yang dia jumpa, pasti akan tergila gilakannya. Sikap manjanya, tapi manja tidak keterlaluan. Ye, sekurangnya tidak membuat aku rasa jelik dan betapa gediknya dia. Manja yang penuh menggoda, lembut dan pasti meruntun hati setiap lelaki yang mendengar bait bait patah dari bibir mungilnya. Siapa yang mampu menolak wanita seperti itu? Wanita yang bisa membuat kau menderita betapa sakitnya rindu, betapa parah seksa tak mendengar suaranya, betapa remuk redam hati ini bila dia jauh dari sisi.

- Aloy Paradoks

Monday, December 27, 2010

Terbuai


Soundtrack Teater Hegemoni Diulang Cetak Untuk Anda. Memiliki empat buat lagu yang dipetik dari Teater NAUTIKA dan HEGEMONI karya Arahan Aloy Paradoks.

Cara cara untuk memesan CD Soundtrack Teater ;

Harga : RM 15 (tidak termasuk pos)

Anda hanya perlu melakukan traksaksi RM 20 (termasuk belanja pos) untuk satu unit CD ke akuan "162106643254" Maybank (syairazi bin kamarudin)...
dan ingat anda perlu menyimpan resit urusan traksaksi tersebut.

Seterusnya hantar mesej ke 012-6293327 bahawa anda telah memasukkan sekian ringit untuk berapa keping CD Soundtrack tersebut. Sertakan tarikh dan masa anda melakukan traksaksi wang tersebut juga jangan lupa nama dan alamat anda, dan kami akan kirimkan kepada anda dalam masa yang terdekat. Mudah bukan.

Monday, December 20, 2010

TARAAAAAA !!!



Amacam? Gempak Tak?

Berharga RM 20 untuk isi hiburan yang sangat padat. Bagaimana untuk mendapatkannya? Ia boleh didapati di UYA! DISTRO. (Atas Station One Cafe) SS15 Subang Jaya.

Atau juga pembelian melalui sistem pos dengan sms dan bertanya ke nombor : 017-2886620 (Mr Nizar) atau kalau segan nak dengar suara atau nak cakap sila email : weareuya@gmail.com atau ajak saya dating, dan saya boleh bawak buku tu sekali dan awak beli.

Jadi pilihan di tangan anda. Dapatkan ia sementara esok masih ada, atau dapatkan ia dan dapatkan saya sekali.

Sekitar Majlis Pelancaran BurgermpaK


Pengarah muda Fasyali Fazdly juga musuh ketat Aloy Paradoks turut membeli dan membaca di khalayak ramai. Musuh pun beli, ini pulak kawan kawan ye dak?


Persembahan dari band yang menamakan diri mereka "KAWAN".


Bacaan penuh khusyuk dari Pengarah Drama TV kita, tapi tak dipastikan samada beliau membeli atau pinjam dari meja jualan kejap.


Ratu Indipendent Art Malaysia, khusyuk membaca, tapi bukan BurgermpaK.


Ye kakak! Ha sana tu? nak berapa kak? Ok BurgermpaK bungkus 3.


Gambar ni bosan lah!


Penunggu Pusaka


Penulis skrip filem dan Novel Karipap Karipap Cinta turut hadir memberi sokongan. Tapi tak tau dia sokong BurgermpaK, sokong Uya atau sokong awek awek "hot". Tapi dia ada beli satu BurgermpaK. Siap "keep the chance" lagi.


Lu tengok dekat gitar dia tu, tulis apa?


Inilah penerbit BurgermpaK! Lepas membereskan kerja kerja penerbitan ini beliau khabarnya merehat diri di Cameron. "Penat bekerja kenalah bagi ganjaran pada diri", katanya.


Mamat Mistiqus dan Ana Ben Taleb. Wanita yang menimbulkan kekecohan diantara beberapa lelaki dewasa ini.


Lu tengok baju brader tu.. macam tak puas hati dengan BurgermpaK je.

Kalau rasa rasa nak menge"like"kan diri anda di page PARADOKS sila keSINI.

Saturday, December 11, 2010

BOOKSTOCK 2010!!



Ada nampak itu poster atas? Dekat majlis tu nanti pada hari sabtunya 18hb akan diadakan pelancaran Buku BURGEMPARK.

Tempat : Uya! Distra (Above Station One Cafe), SS15, Subang Jaya, Selangor
Acara : Pelancaran Buku BURGEMPARK
Tarikh : 18 hb 2010 / 9.00 malam
Juruacara Majlis : Fazleena Hishamudin
Persembahan Oleh :
Razya MukMin
Bias
Arrif Fardillah
Roy