
Rayza MukMin
Sebelum berlakon terlebih dahulu melibatkan diri dengan kerja kerja teknikal dan belakang pentas. Jaguh Kuantan ini sentiasa merasakan dan mahu dirinya tampil berbeda berbanding masyarakat disekelilingnya. Seorang yang sarkastik dan Cuba lari dari idea idea tipikal yang memualkan serta percaya ada gadis yang meminatinya dalam diam. Antara teater yang dijayakannya ialah "The Bacchae", "Rekaan Utama" dan "Librari". Graduan Diploma Sains Aktuari dan kini pemburu Diploma Teater.
ShyrudinJuga banyak melibatkan diri dengan kerja kerja belakang pentas sebelum terlibat sebagai pelakon. Dia percaya "Hati Itu Ibarat Spender" berpendapat apabila dirinya bersuara, lelaki lain akan segara kehilangan si dara. Antara teater lakonan beliau ialah "Bakai","Rekaan Utama" dan "Librari". Pemegang Diploma Sains Aktuari ini sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula dalam bidang sama.
Beliau juga aktif dalam bidang sukan terutamanya renang dan merupakan jurulatih renang si salah sebuah pusat akuatik popular di Selangor.
Amelia AzizGadis yang suka bermain Game Ular merupakan pemegang Diploma Teater dalam pengkhususan Lakonan dan kini melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda serta mengambil pengkhususan "Pengurusan Seni". Antara teater lakonan beliau ialah "Tok Perak", "Bad Girl", "Romeo And Juliet", "Trem Bernama Desire", "Bangsawan Putri Patmawati", serta "Makyong Batak Raja Gondang". Beliau juga menjadi pelakon understudy kepada pelakon utama untuk pementasan teater "Muzikal Ibu Zain" di Istana Budaya.
7 comments:
pengarah? pengarah? nak pengarah?
pengarah?sape?
yarabbbiiii!!!!!!!!!!
kenapelah tiap2 kali mnda syok cmnie slalu wt time public holidays d mane anak2 perantau spt saye yg rindu dendam sama mak bapak dan nk balik kg!!
haish!
ade re-run x nnti agak2??
aku tak leh pergi...huhuhu...
dua-dua rambut besar....
aloy lah pengarahhh..hehe
gua teringin nak jadik pelakon..
dan gua mengidam 1 day gua pon termasuk dalam blog neh....
tp..
gua xde ape2 diploma or pape berkaitan dgn teater..
cume minat dan smgt lakonan gua dr dulu yg membuak2 je..haha..
bestnyeeeee...
all d best sume!~
aku tunggu harinya masih ada lagi pelakon yang tertinggal tak
Post a Comment